Jumaat, 13 Oktober 2023

SATU LAGI MP PN SOKONG PERDANA MENTERI 

Oleh. Basron Kirwan

Perak. Perikatan Nasional (PN) menerima satu lagi tamparan hebat berikutan  Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid mengistiharkan sokongan kepada Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia.

Beliau merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar memberi sokongan misi Perdana Menteri Malaysia demi rakyat Kuala Kangsar agar tidak dipinggirkan dalam agenda pembangunan dan ekonomi seperti kawasan yang diterajui kerajaan perpaduan yang lain ujarnya.

Beliau bagaimana pun mendedahkan akan kekal bersama Parti Perikatan Nasional dimana sanggup menerima apa juga tindakan dari partinya diatas sokongan terhadap Perdana Menteri kerajaan perpaduan lapornya hari ini.

Apapun kerajaan perpaduan terus mendapat sokongan rakyat masa kini berikutan gandingan perdana menteri serta dua timbalan perdana menteri yang seiring menimbulkan idea idea bernas membela rakyat Malaysia masa kini.

Mungkin kah ada lagi Ahli Parlimen Pembangkang bakal mengumumkan sokongan kepada kerajaan perpaduan dalam masa terdekat masih terus ditunggu oleh seluruh kepimpinan kerajaan perpaduan hari ini tanpa berbelah bahagi.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian  Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan