Isnin, 16 Oktober 2023

Berita Ringkas 

RAKYAT TERUS DIDAMPINGI 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Sepanggar. Langkah

badan NGO bersama kumpulan ahli Parti Pas kawasan ini yang kerap menggerak kerja mendampingi rakyat dan umat islam khususnya mampu menarik perhatian warga luar bandar sepanjang masa, keprihatinan gerak kerja mereka bagi menghulur pelbagai sumbangan berterusan sukar ditandingi badan NGO lain apa tak lagi ahli parti politik lain dinegeri ini. 
Hubungan baik antara beberapa badan NGO dengan kepimpinan ahli ahli PAS memudahkan mereka mengatur langkah mendampingi segenap lapisan rakyat terutama luar bandar dalam menitikberatkan agama Islam golongan generasi kanak kanak dalam wawasan jangkamasa panjang mereka.

Ramai pemimpin dan ahli politik lain tidak merangka perjuangan ini didalam agenda lebih 15 tahun akan datang pasti muda mudi yang dibantu bakal warisi sokongan mereka,  ini sangat tersusun perjuangan badan NGO bersama ahli ahli parti PAS sampai perjuangan mereka mula dikenali diseluruh Sabah mahupun Parlimen Sepanggar amnya akui beberapa penduduk yang ditemui.

Dalam ceramah SEMBAHYANG DIUTAMAKAN anjuran badan NGO dan PAS di Surau Ar Rahman Kg. Kebayau Tamalang minggu lepas, turut dihadiri penduduk Kg. Lawa Mondou dan Kg. Boronuon Telipok dianggarkan hampir 100 orang dengan pelbagai sumbangan serta ceramah agama Islam yang amat diperlukan rakyat. 

Pada Majlis tersebut turut dihadiri YB. Dr. Aliakbar Gulasan (PAS SABAH) Adun Dilantik Kerajaan GRS negeri Sabah masa kini dimana beliau merasmikan penutupan kursus berkenaan, KRU Media Terkini Harian Malaysia yang hadir memerhati program berkenaan turut mendapat salam perkenalan dari YB Adun Dilantik berkenaan dengan penuh mesra. 

Antara yang disumbangkan pada majlis tersebut ialah, Beras 10 kg, Sejadah, AlQuran, beberapa jenis pakaian Sembahyang wanita dan buku buku agama.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarag 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan