Ahad, 29 Oktober 2023

JUALAN KUEH MUEH BERBEZA 

Oleh. Norsham Haji Tukirin  

Kekayaan pembuatan pelbagai

jenis kueh mueh antara paparan kali ini namun harus di ingati jangan sampai menekan hidup orang lain dengan kadar harga yang luar kemampuan warga miskin seluruh dunia. 

Bayangkan lah jika kueh mueh lebih mahal harga dengan barangan dapur yang lain tentu sekali mem-
buat derita hidup golongan orang miskin yang ada disekitar penjualan kueh mueh berkenaan. 

Ada juga sesetengah penjual kueh mueh sekadar memburu keuntungan tinggi dalam menjual kueh mueh mereka tanpa mengambil kira RIBA bagi yang beragama Islam, namun ianya bergantung kepada golongan pembeli jika terlalu tinggi harganya paling muda jangan beli diluar kemampuan mereka supaya penjual sedar dengan 
ketamakan mereka. 

Menurut warga miskin yang ditemui, kebanyakan mereka yang menaik kadar harga kueh mueh yang tinggi rata rata berpegang pada sesuatu agama, berbanding golongan yang tidak beragama kueh mueh mereka rendah sahaja harganya namun tidak lah molek orang Islam membeli kueh mueh mereka demi menjaga hakam dan haram yang dijamah.

Sehubungan dengan pendedahan ini,  pembeli kueh mueh haruslah melatih diri mereka agar tidak ditindas oleh golongan penjual yang tamak mengaut keuntungan semata mata, jauhi golongan terlibat agar mereka boleh menurunkan kadar harga jualan mereka dari masa kesemasa jika merosot jualan mereka dalam kadar harga yang tinggi.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan