Ahad, 29 Oktober 2023

(Gambar Hiasan)
DUN INANAM MILIK SIAPA? 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Kerusi Dewan Undangan N. 18 Inanam terus menjadi teka teki antara BN/PH, GRS dan PN siapakah pilihan pengundi  pada pilihan raya negeri akan datang?, teka teki ini bertiup kencang berikutan dilaporkan PBRS sedang menyusun jentera mereka dibahagian tersebut sejak beberapa bulan yang lepas.

PBRS merupakan salah satu dari parti kompenen BN yang bersama dalam kerajaan perpaduan Malaysia masa kini  dengan sekadar mesra kerajaan negeri Sabah, DUN Inanam masa kini diterajui oleh Parti Keadilan Rakyat Didalam Pakatan Harapan sebagai wakil rakyat sudah tiga penggal  mereka pegang wakil rakyat. 

Menurut sejarah yang lepas DUN Inanam adalah dikuasai Parti Bersatu Sabah (PBS)  beberapa penggal namun ianya berubah dengan pantas apabila PH  menawan kerusi tersebut dengan mencalonkan PKR menentang politik tempatan yang lalu, kini DUN Inanam terus dikuasai Pakatan Harapan sehingga kehari ini walaupun PBS berusaha tiga kali bertanding dikawasan tersebut namun sukar memenangi setiap kali pilihan raya negeri walaupun calon bertukar ganti.

Barisan Nasional Sabah yang diterajui oleh  Datuk Seri Bung Mokthar Raden perlu meneliti keupayaan calon jika mahu bertanding dikawasan DUN Inanam, jika meletak calon tanpa meneliti keupayaan pengaruh calon dan parti yang mewakili Barisan Nasional alamatnya sekadar mempamer calon namun kemenangan sukar diperolehi.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan