Selasa, 10 Oktober 2023

MAMPUKAH JENTERA POLITIK SAMPAI PADA RAKYAT JELATA ? 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Tampaluri. Rakyat jelata diperingkat luar bandar terus bersuara bilakah orang parti pol

itik turun padang mememui rakyat jelata luar bandar berbanding himpunan dalam bangunan mahu balai raya sahaja.

Ramai rakyat hairan  mengapa jarang ahli politik masuk kampung menemui warga kampung yang banyak masaalah kelembaban pembangunan tanpa dapat disalurkan masaalah tersebut.

Dalam perkembangan terbaru beberapa ahli parti politik baharu di Sabah menghantar gambar pertemuan mereka bersama Datuk Seri Panglima Haji Hajinih Mohd. Noor ketua Menteri Sabah tanpa disalur maklumat terperinci agenda yang dibincangkan, kumpulan ahli parti politik berkenaan mempamerkan maufakat mereka didalam Dewan namun keluhan penduduk kampung luar bandar terus terbiar sehingga hari ini.

Penduduk luar bandar  Sabah sekadar menanti mana mana kepimpinan parti politik yang berjiwa besar menemui mereka secara berterusan tanpa mempersembahkan senario politik bermusim dalam jangkamasa panjang.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Malaysia Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan