Isnin, 16 Oktober 2023

BERCAKAP BIJAK TIDAK NAMPAK SEKELILING 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Sabah. Ramai penduduk kampung sudah muak dengan sebilangan pemimpin lama saling berganti sesama sendiri tanpa ada keprihatinan sebenar warga didalam jagaan nya.

Sebilangan pemimpin masa kini  juga banyak memilih pengikut mereka sahaja didalam agihan sebarang bantuan kerajaan berbanding keterbukaan kepada semua rakyat didalam tanggongjawab mereka.

Antara laporan warga luar bandar yang diterima Media Terkini sejak Mei 2023 sehingga hari ini menyebabkan luar bandar Sabah banyak ketinggalan kemajuan pembangunan dan ekonomi berbanding di Semananjung Malaysia ujar mereka. 

Menurut orang kampung dalam negeri Sabah, antara punca ini berlaku ialah sikap pemimpin kerajaan yang menjaga Dun hanya memilih pemimpin kampung golongan yang sama bertukar ganti sahaja, manakala penjaga Dun berkenaan juga dilaporkan jarang turun padang menemui golongan orang kampung bagi mendengar keluhan mereka sepanjang menjaga kawasan DUN mereka.

Dalam gerak kerja turun padang sekumpulan kru Media Terkini Harian Malaysia ramai lagi pemimpin  kampung mengakui tidak mengenali para kru akbar ini walaupun  berulang difahamkan kehadiran kru akbar dikawasan mereka, malah ada yang berlagak pandai tanpa mendengar penerangan kakitangan akbar ini didalam rangka kerja lawatan kekawasan perkampungan luar bandar demi merungkai kemelut kehidupan mereka.

Apapun golongan pemimpin yang dilantik kerajaan pada peringkat bawahan perlu lah belajar mengenali setiap pengunjung ke kampung mereka  demi tidak memalukan kerajaan negeri mahupun kerajaan  pusat amnya akibat kelalaian mereka. 




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan