Isnin, 16 Oktober 2023

PERTARUHKAN ORANG BERWIBAWA 

Oleh. Norsham Haji Tukirin 

Inanam. Kerajaan perpaduan wajar mencari calon pelapis bagi mempertahankan kerusi N. 18 Inanam bagi menghadapi PRN akan datang jika GRS tidak mahu berkerjasama dengan PH BN seperti yang bertiup kencang isu blok Sabahan penyokong mereka laungkan. 

Antara PH dinegeri ini ialah PKR, AMANAH, DAP dan UPKO manakala BN pula terdiri dari UMNO, MCA, MIC dan PBRS manakala dipercayai WARISAN dilaporkan sedang berusaha mencari persefahaman dengan PH dan BN jika ada permaufakatan boleh terjalin.

Kerusi Dun N. 18 Inanam masa kini diterajui YB. Peto Galim Parti Keadilan Rakyat kompenen Pakatan Harapan dimana mungkin bakal ditandingi Gabungan Rakyat Sabah dalam PRN akan datang, parti parti didalam BN PH dan Warisan haruslah memperkukuhkan jentera mendampingi rakyat jelata dikawasan tersebut jika mahu memenangi kerusi Dun tersebut berikutan kompenen Perikatan Nasional juga siap siaga dikawasan berkenaan.

Sehingga hari ini sukar meramalkan siapakah yang mampu memenangi kawasan Dun Inanam yang mempunyi hampir 50,000 pengundi berdaftar, namun dijangka siapa yang menggerak hubungan baik kepada rakyat pastinya mereka boleh disenaraikan antara pilihan rakyat sebagai wakil rakyat mereka. 




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan