Ahad, 8 Oktober 2023

PULUHAN TAHUN WARGA KOTA TIADA JALAN RAYA

Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

Sepanggar. Hampir tiga puluh tahun menjadi penghuni Kota namun kerajaan Sabah masih gagal membina jalan raya penduduk kampung bumiputera asli negeri ini.

Silih bertukar ganti ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri kawasan tersebut namun jalan raya 1,000 meter sahaja pun gagal dibina.

Setiap kali pilihan raya orang bertanding parti politik sering menjanjikan pembinaan jalan raya namun sampai hari ini penghuni setempat masih menyikut barang dapur kerumah mereka tanpa boleh dilalui oleh kenderaan dikawasan tanah bukit. 

Penduduk setempat mahu Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia turun padang mengunjungi perkampungan mereka jika benar telus membantu rakyat jelata yang terpinggir sejak tiga puluh tahun yang lepas ujar warga Telipok darat hari ini.

Penduduk setempat sudah ada yang warga emas dan masih belum memperolehi jalan raya hasil bantuan kerajaan yang dinanti nanti namun tidak juga ada kunjungan pemimpin Kerajaan Pusat masa kini.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga  didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan