Selasa, 31 Oktober 2023

PENGEMIS MELAMBAK RAMAI

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Pelawat serta pelancong asing gemar memasuki Sabah berikutan muda mendapatkan wang dengan meminta sebagai pengemis jalanan dari satu kedai kesatu kedai khususnya kedai kopi dan kedai makan. 

Satu pekan kecil sahaja dilaporkan pengemis lebih 30 orang berpecah pecah bagi

meraih simpati semua orang yang ditemui tanpa mengira bangsa dan agama yang ditemui asalkan wang dimasuk kedalam  bekas yang dibawa. 

Kumpulan peminta sedekah yang bergerak setiap pekan dan bandar seluruh Sabah sangat menggerunkan orang orang asli negeri tersebut memandangkan ianya tidak ada petanda akan berakhir, jika kumpulan terlibat bergerak harian sepanjang sebulan berada dibumi Sabah pendapatan mereka 
sukar dianalisa dengan pandangan mata kasar apa tak lagi tidak siapa yang merumuskan kutipan mereka. 

Kumpulan peminta sedekah ini juga dilapurkan mempunyai pelbagai ragam bagi meraih simpati namun peliknya gagal dikesan pihak berkuasa tempatan, ini menyebabkan kumpulan terlibat kerap berulangkali ke Sabah demi meneruskan kegiatan mereka meminta derma setiap hari tanpa mengira hujan atau panas 
melanda mereka terus melangkah. 

Sehingga berita ini ditulis, aktivis pemerhati di Sabah melaporkan belum ada kawalan dan pemeriksaan ketat pergerakan peminta sedekah dan derma amnya dipelusuk tempat dalam negeri ini, mereka orang asli Sabahan mengharap agar Kerajaan Perpaduan Madani pusat turun padang memantau kebanjiran orang luar Sabah bagi meminta sedekah dan derma agar dapat dihentikan ujar mereka penuh kesal.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan