Selasa, 17 Oktober 2023

PENJUAL KANAK KECIL DALANG SIAPA? 

Oleh. Koijul Hairol 

Kota Kinabalu. Siapa mendalangi kumpulan kanak kanak kecil berjualan secara bergerak diseluruh daerah tanpa dikenali etnik keturunan mereka apa tak lagi kumpulan mereka terlalu ramai setiap hari.

Kanak kanak kecil ini juga memiliki bahasa yang mirip warga asing dan sukar difahami bagi warga penduduk Sabahan, namun keberanian kanak kanak berkenaan duduk sahaja didepan pintu bangunan kedai, bangunan bank serta pasar  berhampiran.

Anehnya ramai penduduk Sabah dilaporkan memberi sokongan dengan membeli jualan kanak kanak terlibat, kebanyakan juga yang memberi sokongan adalah yang sebahasa serta golongan wanita banyak membeli jualan mereka.

Sehubungan dengan kejadian tersebut, kerajaan Sabah perlu turun padang membuat siasatan rapi kes tersebut agar perbuatan seumpama tidak terus memalukan negara ini.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan