Jumaat, 27 Oktober 2023

Berita Ringkas 

AWAS TERAS GEMUNGGAL TIRUAN 

Sejak kebelakangan ini penjual perubatan herba tradisional banyak melebelkan KAYU YANG MEREKA JUAL DITAMU MINGGUAN adalah TERAS GEMUNGGAL. 

Pengakuan tersebut amat meragukan berikutan tidak ada jaminan kayu terlibat SAH KAYU GEMUNGGAL yang mampu menawar terkena Asid mahupun sebarang racun dengan pantas tanpa sebarang masaalah setiap mangsa yang terkena.

Lambakan peniaga tamu mingguan dilaporkan ramai menjual KAYU GEMUNGGAL namun tidak ada yang berani bertanggongjawab membuat ujian TERAS KAYU GEMUNGGAL mereka dengan RACUN ATAU ASID ujar orang ramai yang ditemui.

Semua warga yang melihat penjualan TERAS KAYU GEMUNGGAL bebas sekitar Tamu Mingguan haruslah berwaspada agar tidak terpedaya dengan teknik golongan penjual yang meragukan.


UMPAMA MAYAT YANG MENAKUTKAN ?

Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

Sabah. Ramai pelancong senyum sengih melihat orang tidor nyenyak dibagi hari sekitar tengah bandaraya Kota Kinabalu hampir setiap hari. 

Masaalah orang tidor terbiar ditengah tengah bandar Kota Kinabalu sukar dibendung memandangkan mereka sentiasa berpindah randah tempat tidor,  namun tidak dapat dipastikan apakah suku etnik mereka yang tidor berkeliaran diseluruh kawasan bangunan Bandaraya Kota Kinabalu setiap hari sejak sekian lama ujar warga kota.

Semua pihak berkuasa dan orang ramai harus berganding bahu membenteras warga yang berpindah randah tidor dikaki lima bangunan kedai bandaraya Kota Kinabalu pada masa akan datang.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan