Khamis, 19 Oktober 2023

KEGEMILANGAN PBS MAMPUKAH PULIH? 

Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

Sabah. Kegemilangan PBS membentuk kerajaan diera 80 an serta 90 an mampukah ianya dikembalikan tanpa bergabung dengan mana mana parti akan datang?, ini disuarakan oleh beberapa ahli parti diperingkat akar umbi sebagai merungkai kekuatan PBS bagi menempuh pilihan raya negeri Sabah akan datang.

Setakat ini 73 kerusi Dewan Dewan Undangan Negeri  Sabah yang boleh ditandingi semua parti politik berdaftar termasuk Bebas, namun memastikan kemenangan belum ada jaminan siapa pun parti yang bertanding antara parti tempatan mahupun parti di Semananjung Malaysia.

PBS yang dilaporkan mewakili semua kaum didalam perjuangan mereka masih menjadi tanda tanya apabila dilaporkan ada bahagian yang hanya 1 atau 2 kaum sahaja tersenarai, selebihnya  dikuasai  oleh etnik KDMR bagi memenuhi  semua etnik lain  yang sudah tidak ada peluang memegang jawatan diperingkat bahagian dalam parti tersebut.

Banyak bahagian parti tersebut PBS hanya dikuasai etnik mereka sendiri kecuali dalam kawasan majoriti kawasan Islam baharu ada kepimpinan orang Islam, namun bagi kawasan China dan Melayu kepimpinan bahagian terus bercampur aduk kepimpinan mereka amnya kekuatan mereka  terus menjadi persoalan kekuatan parti tersebut.

Apapun kepimpinan bawahan mereka  PBS wajar berbaik semua rakyat berbilang etnik dan agama disamping jujur amanah tanpa melupakan semua janji diungkap kepada rakyat jelata sepanjang masa.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan