Khamis, 12 Oktober 2023

POCONG MINTA SEDEKAH ? 

Oleh. Helary Sukiono

Jakarta. Wargakota cemas sejak beberapa hari lepas berikutan kemunculan kumpulan pocong meminta sedekah silih bertukar ganti dan berpindah randah bimbang diburu pihak berkuasa tempatan.

Malah pihak kerajaan telah mengumumkan akan terus memburu dan memberkas pocong mengemis ini sehingga tuntas di seluruh jakarta, namun ada juga yang bimbang dengan trend seumpama mungkin bakal merebak diseluruh Asia seperti Singapore, Brunei, Thailand serta Malaysia jelas penduduk tempatan.

Kumpulan pengemis ini dipercayai memakai koustom seperti PONTIANAK bergerak diwaktu malam sehingga menjelang subuh dikota kota besar Indonesia, majoriti yang terserampak pontianak minta sedekah pasti akan takut dan terkejut dalam beberapaa saat sebelum memastikan golongan terlibat manusia biasa yang melakukan penyamaran. 

Perbuatan terlibat juga merupakan sekadar langkah cari wang dengan mudah tanpa mengeluarkan keringat mereka sendiri disamping menakutkan setiap orang dijumpai, sebaliknya jika negara negara serantau tidak memperkasa perundangan bagi mencegah perbuatan tersebut pasti akan menular disetiap negara negara berhampiran bakal meniru perbuatan mereka kelak.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan