Selasa, 31 Oktober 2023

SELAMATKAH SABAH TANPA ESSCOM DAN ESSZONE? 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Benarkah negeri Sabah sentiasa selamat dari pengganas dan penculikan pihak negara jiran jika ESSCOM dan ESSZONE ditarik semula oleh kerajaan persekutuan dalam masa terdekat ini?, jika ini berlaku langsung tidak ada jaminan Penculikan dan Pengganas negara jiran tidak lagi melakukan kerjaya muda mereka membebaskan pantai timur negeri Sabah.

Ini jelas kerajaan persekutuan dan kementerian Pertahanan masih mengekalkan ESSCOM dan ESSZONE seluruh pantai timur berikutan sumber risikan mengenal pasti terdapat 13 orang lagi senarai terlibat dalam penculikan dipercayai masih bebas diluar pantai timur negeri Sabah sumber pihak Polis DiRaja Malaysia.

Dalam konteks ini penduduk Sabah wajar berwaspada dengan kebanjiran negara jiran memasuki Sabah tanpa mengenal pasti latarbelakang mereka dari negara asal, jika penduduk Sabah lalai setiap masa pastinya peluang seumpama bakal digunapakai golongan terlibat bertindak diluar jangka merompak rentas sempadan amnya menculik demi memburu wang tebusan, jelas aktivis warga tempatan.

Sehubungan dengan pendedahan ini warga Sabah wajar merenung tanggongjawab Kementerian Pertahanan serta Kementerian Dalam Negara  Malaysia mengawal tetap pantai timur Sabah tanpa henti selagi ancaman masih diterima dari kepulauan negara jiran terdekat bumi Sabah dibawah bayu.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus  penjualan dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan