Ahad, 9 April 2023

TEKNIK PENGEMIS BERUBAH 

Oleh. Gifkir Aming

Suatu ketika dahulu pengemis duduk berkumpulan bersama anak anak kecil ditepi kedai lorong pejalan kaki yang menjadi simpati sebilangan penduduk besar negeri Sabah setiap hari. 

Hari ini trend mereka berubah jauh dengan bergerak  berjalan membawa anak anak kecil  dilorong luar kedai dan ada yang masuk kedai kedai makan minta duit makan kepada setiap orang yang dijumpai penuh comot pakaian dan raut muka mereka. 

Langkah peminta sedekah ini bergerak disetiap bandar dan pekan menyukarkan pihak berkuasa  mengesan mereka  setiap masa operasi bertugas, malah masyarakat juga kurang kesedaran  bagi  memberi maklumat terperinci kedudukan para pengemis yang mempergunakan anak anak kecil bagi meraih simpati pemberi sedekah.

Antara suara sebilangan penduduk yang ditemui Media Terkini harian Borneo disekitar Sabah hari ini berhubung kegusaran mereka melihat pengemis ramai bergerak dalam perkumpulan bersama anak anak kecil,  mereka juga hanya tahu bercakap DUIT MAKAN setiap kali berjumpa dengan orang ramai tanpa ada sebarang  surat  mengesahkan mereka ini sakit atau tidak mampu berkerja dari pihak Kementerian Kesihatan  Malaysia.

Sehubungan dengan paparan ini penduduk Sabah kena bersatu bagi memerangi peminta sedekah yang kian bertambah dengan memberi laporan  kedudukan pengemis terhadap  petugas penguat kuasa setiap hari demi nama baik negeri serta Malaysia amnya.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan