Isnin, 3 April 2023

RAMAI PENYOKONG NAJIB MULA BERSUARA 

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Majoriti penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak terus bertindak  membuat laporan menerusi saluran perundangan bagi memohon pembebasan keatas Mantan Perdana Menteri tersebut. 

Terbaru penyokong Datuk seri Najib Tun Razak bertindak membuat laporan polis bagi melakukan siasatan Hakim yang menjatuhkan hukuman keatas mantan perdana menteri tersebut, malah penyokong mantan perdana menteri berkenaan yakin ada yang tidak kena dengan beberapa tindakan memenjarakan Datuk Seri Najib Tun Razak ujar mereka.

Sejak Datuk Seri Najib Tun Razak dipenjarakan di Penjara Kajang tidak terkira air mata penyokong beliau setiap kali dibawa ke Mahkamah, berjemur atau berhujan sekalipun para penyokong Mantan Perdana Menteri tersebut sanggup demi menatap dan berdoa agar memperolehi kebebasan tegas mereka.

Ada juga anggota hakim yang secara terbuka bercakap wujud ketidak telusan didalam penghakiman keatas Datuk Seri Najib Tun Razak apabila peguam beliau menarik diri dari membelanya masa dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun jelas penyokong mantan perdana menteri tersebut.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan  Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan