Ahad, 9 April 2023

IKAN BUNTAL BERACUN 

Oleh. Gifkir Aming 

Penduduk seluruh Malaysia perlu menyimpan pesanan ini dimana golongan nelayan mengesahkan BUNTAL BERACUN dan hanya orang yang mahir membuang tempat racun nya boleh memakan.

Kesilapan membeli dan memasak Ikan Buntal boleh meragut nyawa siapa sahaja memakan nya tanpa mengira usia dan jantina,  warga Malaysia yang berhasrat mahu memakan IKAN BUNTAL perlu bertanya penuh dan meminta penjual membuka tempat racun nya tersimpan.

Penjual IKAN BUNTAL perlu mahir membuka RACUN DALAM BADAN ikan tersebut sebelum dijual kepada pembelinya demi keselamatan nyawa mereka dan keluarga, penjual Ikan BUNTAL yang gagal membuang racun didalam badan nya semasa dibeli oleh pelanggan mereka wajar bertanggongjawab jika meragut nyawa pembelinya bersama keluarga mereka.

Ini didedahkan beberapa kumpulan nelayan Borneo sebaik menonton berita kematian warga Johor akibat memakan Ikan Buntal, menurut mereka Buntal sememangnya sedap dimakan namun perlu mahir membuka kotak racun didalam tubuh ikan tersebut sebelum dimasak jelas mereka. 

Akibat kurang pengetahuan semua lapisan masyarakat pedagang dan pembeli IKAN BUNTAL maka nyawa keluarga yang memakan nya terkorban, oleh yang demikian penduduk Malaysia dan luar negara amnya perlu menyimpan pesanan nelayan Borneo ini demi panduan mendepani Ikan Buntal dimasa akan datang.

PETUA. MINTA NAMA PENUH DALAM DOKUMEN PENJUAL IKAN BUNTAL

MINTA DIBUKAKAN KOTAK RACUN DIDALAM BADAN IKAN BUNTAL SEBELUM DIBELI

PASTIKAN MELIHAT SENDIRI KOTAK RACUN DIDALAM BADAN IKAN BUNTAL SEBAIK DIBUKA PIHAK PENJUAL DENGAN TIDAK PECAH KOTAKNYA. 

BOLEH JUGA MINTA NASIHAT NELAYAN VETERAN BERHUBUNG IKAN BUNTAL




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan