Isnin, 17 April 2023

ROKOK SELUDUP BERLELUASA AKIBAT DAPAT SOKONGAN 

Oleh. Norsham Tukirin

Sabah. Rokok seludup tidak berhenti akibat dapat sokongan dan permintaan tinggi warga Sabah sendiri walaupun para penjual  berlari sana sini diburu pihak berkuasa setiap hari, malah warga Sabah sendiri yang sentiasa membeli rokok berkenaan sepanjang masa tidak kira apa jawatan mereka yang bergajiRM4,000 kebawah.

Ini diakui oleh beberapa penjual rokok yang ditemui dikawasan lorong kedai dan tamu mingguan bagi mendapat maklumat mengapa ROKOK SELUDUP tidak berhenti, para penjual rokok adalah terdiri pelarian asing disamping ada juga PATI bercampur dengan mereka sebagai cari makan akibat pendapatan yang sungguh lumayan terang mereka. 

Penjual rokok seludup tergolong kanak kanak, lelaki remaja dan wanita yang terus bertambah bukan muda dihapuskan selagi pembeli rokok mereka terus bertambah setiap hari, namun persoalan yang dikemukakan para penjual terlibat mengapa penjual terus diburu sedangkan pembeli rokok seludup orang asli Sabahan dibiarkan oleh kerajaan tegas para penjual yang ditemui.

Warga Sabah perlu muhassabah diri agar berhenti membuat pembelian terhadap rokok seludup khususnya yang berkerja dalam jabatan dan agensi kerajaan bagi sama sama membasmi rokok seludup memasuki negeri Sabah.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan