Khamis, 6 April 2023

MAMPUKAH SEMUA GABUNGAN INI MENAMBAT SOKONGAN

Oleh. Basron Kirwan 

Parti Gabungan Rakyat Sabah dilaporkan telah mencatatkan penyertaan banyak parti politik tempatan Sabah sejak awal tahun 2023 lepas, antaranya ialah para pemimpin parti USNO, SAPP, STAR, PBS,  LDP,  PHRS dan PARTI GAGASAN RAKYAT SABAH yang berusaha mahu mendapat sokongan seluruh rakyat dalam negeri Sabah. 

Semua parti dalam gabungan GRS adalah satu impian mahu mencontohi Sarawak seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi membuat satu plan membentuk perjuangan bersama untuk rakyat Sabah tanpa memberi peluang parti parti yang berpusat di Semananjung Malaysia walaupun dipimpin oleh orang Sabah dalam jangka panjang.

Untuk rekod parti politik Semananjung yang ada di Sabah masa kini ialah, PKR, DAP, BERSATU, PAS, AMANAH, UMNO, MCA, MIC namun semuanya dipimpin oleh orang Sabah sendiri sehingga hari ini tanpa menjejaskan hubungan baik semua rakyat berbilang kaum didalam negeri ini jelas penduduk Sabah yang ditemui. 

Apapun parti politik yang dipilih oleh rakyat Sabah sendiri ianya merupakan satu kebebasan  demokrasi yang wajar bagi memilih halatuju politik mereka dimasa akan datang, satu kepentingan bagi warga Sabah adalah pemimpin parti politik yang benar benar memperjuangkan pembangunan dan ekonomi setiap rakyat Sabah tanpa berhelah ujar mereka.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita,  memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan  Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan