Selasa, 4 April 2023

ORANG ASING PALSU DOKUMEN 

Oleh. Jaitos Dumiri 

Penduduk Sabah perlu buka mata dengan tindakan orang asing berani memalsukan dokumen dokumen bagi kepentingan peribadi suku sakat mereka.

Langkah utama orang Sabah buat ialah bersatu bertindak menyalurkan maklumat golongan yang terlibat didalam pemalsuan dokumen terlibat kepada pihak berkuasa kerajaan Malaysia masa kini.

Jangan terlalu tunduk dengan tindakan orang asing terlalu ego menunjuk apa juga dokumen mereka apa tak lagi Kad Pengenalan menyerupai rakyat Malaysia sedangkan DILAPOR  dokumen mereka adalah dipinjam dari orang lain sehingga tertangkap sekitar lapangan terbang KLIA Kuala Lumpur serta tertangkap sekitar Sembulan dan Menggatal oleh pihak berkuasa.

Warga Sabah juga harus mengingati dengan segala tindak tanduk orang asing yang suka memalsukan dokumen sebagai kepentingan peribadi masing masing, malah ada juga yang suka ambil kesempatan bagi mengaut keuntungan dari orang asing yang sanggup membayar berapa juga harga nya yang diminta dalang pembuatnya.

Sehubungan dengan pendedahan ini, semua warga Sabah sama sama membenteras kegiatan pemalsuan dokumen oleh para petualang yang tidak bertanggongjawab, walau apa cara sekali pun langkah langkah petualang serta penggerak warga asing yang menggalak memperolehi dokumen palsu harus dibasmi secepat mungkin.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan