Sabtu, 1 April 2023

AKIBAT KESESAKAN DIBUS STOP RAKYAT KECIWA 

Oleh. Gifkir Aming

Sabah. Siapakah yang memberi kelulusan semua perhentian Bus dijadikan TERMINAL MENUNGGU PENUMPANG sepanjang hari oleh Bus Bus Mini sehingga sesak sepanjang jalan tanpa kawalan pegawai penguatkuasa.

Ulasan majoriti pengguna jalan raya yang ditemui disetiap Perhentian Bus sepanjang jalan raya seluruh kawasan Bandaraya Kota Kinabalu melihat susunan Bus Mini memenuhi semua perhentian Bus umpama hanya mereka (pemandu bus mini) yang berhak parking menunggu penumpang sepanjang hari soal orang yang ditemui. 

Menurut orang ramai yang ditemui, perkara tersebut sudah bertahun tahun dilaporkan namun tidak ada pemantauan sepanjang masa pihak berkuasa menghalang pemandu Bus Mini menguasai semua Perhentian Bus  bagi menunggu penumpang untuk kepentingan peribadi, malah pemandu bus mini juga suka cari gaduh dengan orang ramai yang menegur mereka supaya tidak menutup Perhentian Bus dengan barisan Bus Mini msreka sepanjang hari bagaikan ianya sudah diluluskan sebagai Terminal ujar mereka.

Sehubungan dengan pendedahan ini, orang ramai menggesa kerajaan Sabah membantu mereka agar Perhentian Bus sepanjang jalan tidak dikuasainoleh kumpulan pemandu Bus Mini sahaja tanpa memberi peluang kenderaan lain mengambil rakan mereka  yang  menunggu sampai tengahari keluh orang ramai yang ditemui.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan