Ahad, 23 April 2023

DUA KETUA BERTELAGA? 

Oleh. Huzera Ben

Sudan. Pertempuran dinegara ini tercetus

berikutan pertelagahan diantara Abdel Fattah Al-Burhan Ketua Tentera Sudan dengan Mohamed Hamdan Dagalo Ketua RSF dipercayai perebutan kuasa menurut sumber warga tempatan. 

Kompleks pertempuran di beberapa tempat dalam negara ini belum ada petanda ianya akan berakhir malah gencatan senjata yang diumumkan kedua belah pihak bertelagah  telah dicemari dengan penyambungan semula pertempuran pengikut Tentera dan Pengikut RSF sehingga tidak menghiraukan nyawa rakyat terbunuh. 

Rakyat Sudan sangat mengharapkan bantuan dari seluruh negara Islam bagi mendamaikan kumpulan yang bertelagah dinegara tersebut, tanpa bantuan dari negara negara lain pertempuran kedua dua yang bertelaga akan berterusan yang mungkin akan meragut lebih banyak nyawa rakyat yang tidak berdosa.

Kedua dua kumpulan bertelaga didalam negara Sudan perlu menamatkan pertempuran mereka jika mahu menyelamatkan nyawa seluruh rakyat Sudan jika pertempuran berlaku lebih lama lagi ungkap warga negara ini. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan