Jumaat, 7 April 2023

PENUMPANG DISEBERANG BUS MINI SUSUN MENUNGGU 

Oleh. Jaitos Dumiri

Borneo. Akibat dimanjakan sebilangan penduduk asli Sabah pemandu Bus Mini tidak beretika mereka sanggup berbaris disetiap bus stop menunggu penumpang sejauh 400 meter yang belum pasti menaiki bus mini mereka. 

Kejadian ini berlaku sejak beberapa tahun yang lalu sehingga menghalang lalu lintas disamping menyukar pengawalan pihak berkuasa tempatan akibat maklumat penggunaan telipon disepanjang jalan raya memberi maklumat jika melihat penguatkuasa membuat operasi bahagian lalu lintas.

Sebilangan penduduk tempatan menjadi teman sebilangan pemandu Bus Mini berikutan memperolehi  imbuhan tiap hari sagu hati serta sarapan pagi dikedai kedai berhampiran,  ini mendorong sebilangan pemandu bus mini umpama hero menguasai semua bus stop sepanjang jalan bagi menunggu penumpang tanpa memberi ruang syarikat pengangkutan lain yang bukan sebangsa mereka.

Geng sebangsa pemandu bus mini yang menguasai semua bus stop  juga sentiasa memberi maklumat jika ada penguatkuasa membuat operasi disetiap jalan raya demi melindungi pemandu bus mini yang tidak lengkap, tidak hairan lah jika golongan pemandu bus mini yang tidak lengkap dokumen diri mereka sentiasa terlepas berikutan kerap meliskan diri dari setiap sekatan jalan raya pihak  brrkuasa tempatan. 

Pendedahan ini dibuat beberapa pesara pegawai kanan kerajaan kepada Media Terkini bagi membongkar keberanian golongan pemandu Bus Mini yang  menguasai Bus Stop sangat angkuh bila ditegur orang ramai, geng sebangsa mereka yang bergerak disepanjang jalan raya laluan Bus Bus Mini juga sentiasa telipon ditangan bagi memberi mesej suara  agar pemandu Bus Mini tidaK lengkap dapat melarikan diri jelas mereka.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pegawai  Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan