Khamis, 6 April 2023

LAGI KES TELOR MELONJAK HARGA 

Oleh. Williem Anak Lagau

Sabah. Sejak beberapa minggu yang lepas sebilangan penduduk negeri ini melaporkan kenaikan mendadak harga telor berjumlah RM19.90 dipasaran bagi satu tray. 

Kenaikan mendadak harga telor ini sangat membimbangkan seluruh warga miskin bagi memperolehi bekalan menjelang hari raya aidilfitri akan datang jika tidak ada tindakan pemeriksaan kerajaan Sabah ujar penduduk orang miskin.

Selain dari itu, bekalan Telor juga hanya 2 ke 3 kedai sahaja yang ada dalam 1 pekan tumpuan didalam ribuan penduduk berhampiran, mungkin akibat bekalan berkurangan ini menyebabkan harga sehingga RM19.90 satu tray dilakukan oleh peniaga ujar orang ramai.

Satu keresahan pengguna menjelang hari raya aidulfitri adalah pemilik permis kedai tidak ada talian telipon untuk dihubungi pelanggan bagi merujuk kenaikan harga telor berkenaan, seharusnya pemilik permis kedai menjual Telor dan Daging Ayam menyimpan telipon  mereka untuk rujukan setiap pembeli jika berlaku ketidak puasan hati pihak pembeli tegas mereka.

Dalam tinjauan rambang Media Terkini Harian Malaysia mendapati kakitangan penjualan Telor dan Daging Ayam dalam beberapa kawasan Sabah bagai tidak boleh mengenali  PRESS dibaju petugas, ada yang bertanya KITA SIAPA walaupun baju petugas tertera mewakili akbar yang mungkin tidak dimaklumkan oleh majikan mereka setiap kali meninggalkan permis kedai mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan