Sabtu, 15 April 2023

ISU JALAN RAYA ROSAK TERUK 

Oleh. Basron Kirwan 

Kerajaan Sabah dan Kerajaan Pusat wajar duduk semeja bagi menangani masaalah jalan raya yang jauh ketinggalan berbanding dengan seluruh Semananjung Malaysia sejak berpuluh tahun yang lalu. 

Ketiadaan kewangan kerajaan negeri bagi memperbaiki segala kerosakan jalan raya di Sabah seharusnya dibincangkan bersama dengan kerajaan pusat bagi memohon tambahan bagi membaiki yang sangat diperlukan. 

Seperkara lagi yang rakyat Sabah suarakan ialah loging loging balak yang mengangkat kayu balak, lori lori kuari yang mengangkat muatan berpuluh puluh tan disamping lori kontena yang mengangkat Batu Bata juga berpuluh puluh tan berulang kali tiap hari wajar dialihkan jalanan mereka demi menjaga kerosakan jalan raya khas untuk kenderaan ringan sahaja.

Kegagalan mengawal kenderaan berat melalui jalan raya yang dikhaskan untuk kenderaan ringan menyebabkan hampir semua jalan raya pecah berlobang tidak sampai seminggu ditampal dengan aspal atau simen, sebaliknya lori lori berat yang menggunakan semua jalan raya untuk kenderaan ringan dimiliki syarikat syarikat besar besar langsung tidak membantu  membaiki kerosakan jalan akibat dari kenderaan berat mereka.

Antara punca kerosakan jalan raya yang sangat kerap di Sabah menurut laporan penduduk negeri tersebut ialah, jalan raya berturap laluan 6 Tan diguna sama lori lori 20 Tan hingga 30 Tan secara bebas namun bila rosak kerajaan juga ditagih membaikinya tanpa di libatkan pemilik kenderaan berat yang merosak semua jalan jalan terlibat jelas orang Sabah yang dihubungi. 




Nota. Dilarang membuat ulasan berita,  memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan