Jumaat, 7 April 2023

SUDAH SALAH DIBUAT JUGA 

Oleh. Gason Dumiri

Kuala Lumpur. Majoriti masyarakat dunia tahu DADAH adalah pembunuh manusia yang senyap namun masih banyak yang menjeratkan diri mereka terhadap najis tersebut setiap masa. 

Isu terjerat dengan Najis Dadah  tidak perlu salahkan orang lain sebaliknya salahkan empunya diri serta keluarga kandung yang tidak bertindak melaporkan pada pihak berkuasa diperingkat awal penglibatan mereka. 

Ramai juga terjebak dadah akibat memburu kemewahan cepat serta desakan keluarga mencari duit lebih dengan pantas tanpa menghiraukan kemampuan  ketua keluarga  menyediakan perbelanjaan keluarga mereka.

Ketagihan najis dadah bukan senang  dikawal jika mengharap dari kawalan keluarga mereka sendiri melainkan berharap bantuan pihak berkuasa tempatan bagi memulihkan penagih tegar  sehingga kembali ke kedudukan pulih sepenuhnya.

Sehubungan dengan pendedahan ini, setiap keluarga perlu berani mendepani situasi jika ada dalam kalangan keluarga terlibat dalam nsjis dadah perlu melapor segera tanpa cuba melindungi mereka sampai ketahap yang lebih teruk lagi.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan