Selasa, 25 April 2023

Berita Ringkas 

MUDAH  CARI DUIT  

Oleh. Norsham Tukirin

Sesiapa sahaja datang ke Kota Kinabalu penduduk tempatan laporkan muda cari duit jual ubat tidak diketahui kelulusan nya dari KKM disamping duduk jual rokok dilaporkan seludup tanpa dikesan dengan mata kasar namun pendapatan ratusan ringgit sehari untuk seorang.  

Gandingan perniagaan tersebut cukup menguntungkan dikalangan pengusahanya tanpa sebarang lesen mahupun cukai pendapatan menyebabkan para pengusaha nya senang membeli kereta dengan bayaran tunai lapor orang asli Sabah.

Orang asli Sabah juga melaporkan kebanyakan penempatan pelarian dalam Sabah bersusun kereta mereka dipercayai hasil jualan rokok seludup dan ubat ubatan yang meragukan secara tersembunyi setiap hari.

Sangat senang orang orang berani menjual ubat ubatan tidak berdaftar serta pelbagai jenama rokok seludup dengan pendapatan ratusan ringgit dalam sehari lapor orang asli Sabahan.

 

BENARKAH 14 PENUMPANG BUS MINI SEPANGGAR ?

Oleh. Gason Dumiri 

Pergerakan Bus Mini Sepanggar mengejutkan berikutan ianya dimuatkan 14 penumpang setiap kali pergerakan  mereka satu laluan.

Penumpang bersesak bagai IKAN BILIS didalam Bus Mini tanpa perhatian para pemandu mereka yang hanya mahu mengaut keuntungan semata mata namun penumpang yang menanggong risiko bersesak didalam Bus Mini Mereka. 

Sehubungan dengan pendedahan ini kerajaan Sabah perlu turun padang membawa penguatkuasa membuat tinjauan setiap perjalanan Bus Mini Sepanggar demi  menjaga hak hak asasi penumpang setiap hari yang diperdaya golongan pemandu bersesak didalam Bus Mini mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan