Sabtu, 1 April 2023

PERMULAAN PROJEK MEGA TERPAHAT SEJARAH 

Oleh. Norsham Tukirin 

Telipok Darat. Projek Bekalan Tenaga Letrik dan Jalan Raya Beraspal di Kg. Logkou Baru, Kg. Kebayau dan Kg. Tamalang telah dirasmikan oleh Tan Sri Dato' Seri Azmi Khalid semasa beliau menjadi 

Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia pada December 1999, beliau diiringi oleh Datuk Haji Nasir Tun Haji Sakaran yang juga menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah di Kg. Kebayau Telipok. 

Sebelum itu jalan raya menuju ke perkampungan tersebut adalah 

tanah merah dan separuh jalan serta langsung tidak ada bekalan tenaga letrik membuatkan penduduk kampung menggunakan lampu minyak tanah dan yang mampu menggunakan Generator cukup memeritkan kehidupan kanak kanak sekolah mereka.
Antara sejarah permulaan pembangunan di ketiga tiga perkampungan tersebut yang 
terus terpahat didalam daya pemikiran wargatua penduduk kampung terlibat  dimana media penyiara projek tersebut adalah Mingguan Waktu  dan Media Terkini Mingguan pada masa tersebut.

Pendedahan semula sejarah ini adalah mengimbas kembali nostalgia kemudahan pembangunan terbesar didalam ketiga tiga kampung berkenaan yang mungkin telah dilupakan atau tidak diketahui sejarah warga muda mudi perkampungan terlibat, malah dipercayai sudah ramai penduduk wargatua yang menyaksikan pelancaran projek tersebut sudah pergi untuk selamanya walaupun suara suara mereka yang menuntut projek pembangunan tersebut dan dikecapi generasi muda mudi hari ini.



Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan