Jumaat, 21 April 2023

HANYA 72 JAM GENCATAN SENJATA 

Oleh. Huzera Ben

Koutom. RSF mengu

mumkan 72 jam gencatan senjata di Sudan sempena menyambut hari raya aidilfitri bagi memberi ruang menyambut hari raya disamping peluang rakyat yang menyelamatkan diri dari pertempuran sekitar Negara ini.

Negara Malaysia juga sedang memantau rakyatnya dinegara ini demi menyelamatkan mereka melalui Kementerian Luar bersama kepimpinan negara negara serantau, RSF telah pun menawan kompleks Petronas menurut kenyataan jurucakap kumpulan tersebut dan mereka bagai tidak tunduk dengan tekanan dunia bagi meneruskan gencatan senjata berkenaan. 

Isu pertempuran di Sudan masa kini bagai tidak ada hentinya dalam masa terdekat ini walaupun dunia sedang menanti kedatanga 1 Syawal namun RSF tidak tunduk menghentikan pertempuran mereka dengan Tentera Kerajaan negara ini.

RSF sudahpun menguasai kompleks PETRONAS sebagai pemantauan khas pejabat mereka dari serangan Tentera kerajaan, malah mereka (RSF) tidak memperlihatkan kebimbangan mereka terhadap tekanan dunia umpama mereka telah bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan.

Kesatuan Islam sedunia perlu mencari jalan bagi mengambil sebarang langkah menyelamatkan rakyat disetiap negara negara bergolak  yang didiami rakyat beragama Islam, selain dari itu umat Islam perlu membentuk perpaduan yang bertoleransi tanpa memilih masyarakat yang didampingi bagi mengelak situasi berpuak puak yang boleh mencetuskan sengketa sesama sendiri. 

Apapun isu disini yang mencatatkan ribuan orang cedera serta beratus angka korban sejak RSF bertempur dengan Tentera Kerajaan dan bimbang ianya terus berpanjangan selepas Hari Raya Aidilfitri tahun 2023 ini.

Seluruh warga dunia perlu menjadikan pertempuran dinegara ini sebagai langkah memelihara perpaduan tanpa menyisihkan sesiapa sahaja masyarakat yang tidak setanding dengan taraf kehidupan orang berkelebihan.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, dan memuat Iklan Niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan