Ahad, 23 April 2023

RAMAI WARGA TIDAK HIRAUKAN COVID 19 

Oleh. Norsham Tukirin 

Sabah. Ramai warga tidak lagi takut virus Covid 19 setiap kali berjalan ditempat awam khususnya mengunjungi pelbagai perayaan masa kini, hanya sebilangan kecil orang Sabah yang terus takut diserang virus Covid 19 apabila mereka terus memakai MASK menutup mulut dan hidung setiap hari bila keluar  dari rumah masing masing.

Menurut penduduk Sabah yang  ditemui, golongan yang tidak lagi takut pada Covid 19 ialah mereka yang  sering berkawan dengan warga asing umpama virus covid 19 sudah takut dengan mereka, namun mereka tidak terfikir golongan keluarga atau teman teman lain bakal terjangkit jika ada virus didalam diri mereka tanpa MASK menutup mulut dan hidung mereka setiap berjumpa diperkumpulan ramai. 

Kelekaan membelakangkan pemakaian MASK dinegeri Sabah ketika berkumpul beramai ramai setiap ada perayaan amnya dikompleks beli belah atau pasar pasar besar dalam jumlah ramai bakal menularkan semula virus Covid 19, antara yang paling menakutkan orang ramai adalah didalam Bus Bus Mini yang penuh sesak setiap perjalanan tanpa menegur penumpang yang tidak memakai MASK malah ada juga pemandu Bus Mini yang sendiri tidak memakai MASK lapor penduduk Sabah. 

Sehubungan dengan ini kerajaan Sabah perlu memberi penjelasan adakah VIRUS COVID 19 dinegeri Sabah sah sifar masa kini sehingga tidak lagi perlu MASK DAN PENJARAKAN DIRI DALAM KUMPULAN RAMAI,  jika ianya benar rakyat perlu dimaklumkan setiap masa kedudukan Covid 19 demi meleraikan kebimbangan orang ramai terhadap jangkitan penyakit tersebut diseluruh Sabah tegas penduduk yang ditemui. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan