Isnin, 17 April 2023

Ringkasan Berita Semasa 

HOTEL DILORONG KEDAI ?

Akibat kos sewa rumah dikota tinggi ramai bergaji kecil menjadikan tepi kedai tempat melelapkan mata diwaktu senja.

Apakah nasib warga ini dalam jangkamasa panjang tanpa kediaman semasa berkerja di kota besar?, mungkin kah golongan ini akan hidup seumpama sehingga mereka berhenti kerja dikota kota besar hanya mereka empunya diri yang merasakan nya.

Pemimpin yang menjadi wakil rakyat Adun dan Parlimen setempat pekerjaan golongan ini wajar turun padang melihat dan mencari penyelasaian masaalah mereka demi masa hadapan yang sempurna. Oleh. Basron Kirwan


NAMPAK TAPI TAK PATUH 

Papan tanda jaga kebersihan dan plastik Sampah telah disediakan namun masih ada yang sengaja mengingkari nya membuang sampah merata rata.

Kata orang manusia tak sama hati ada yang baik dan ada yang suka menimbulkan kemarahan orang sekeliling, cuba gunakan akal fikiran betapa cantiknya persekitaran sekeliling jika dijaga kebersihan bersama sepanjang masa. Oleh. Jaitos Dumiri


PENGEMIS DICEKUP 

Kepantasan pihak berkuasa bertindak berjaya mencekup beberapa Pengemis Jalanan warga asing teknik serupa membawa anak kecil minta simpati dipercayai dari  Manymar, segala helah pengemis ini tidak mampu memujuk pihak berkuasa melepaskan mereka yang kerap kali melakukan perbuatan seumpama  sebagai kerja muda memperolehi kewangan.

Kepantasan pihak berkuasa ini perlu dicontohi diseluruh negara agar tidak ada ruang  pengemis ini mendapatkan wang didalam negara ini berleluasa tanpa titik hentinya.

Masyarakat sekeliling juga harus memberi kerjasama dengan tidak memberi layanan golongan pengemis warga asing demi nama baik seluruh Malaysia dimata para pelancong  asing  sepanjang masa. Oleh. Gifkir Aming 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan