Sabtu, 1 April 2023

TANGISAN PENYOKONG MEMPERKASA SEMANGAT 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Perjalanan Datuk Seri Najib Tun Razak kembali ke Penjara Kajang diiringi laungan dan tangisan para penyokong beliau disepanjang jalan luar Mahkamah sebagai memberi semangat kekuatan diri menempuh dugaan yang ditanggong, majoriti penyokong mantan Perdana Menteri itu mengaku tidak ada tandingan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam membela rakyat jelata miskin sampai kehari ini ujar mereka.

Para penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak yakin mantan Perdana Menteri itu boleh memperolehi pembebasan suatu masa nanti dan percaya politik beliau akan terus berpengaruh, semua kadar harga barangan semasa pimpinan mantan Perdana Menteri berkenaan masih mampu ditanggong oleh rakyat termiskin berbanding selepas beliau dipenjarakan ujar mereka.

Selain dari itu para penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak mantan Perdana Menteri menegaskan tidak akan terpengaruh politik yang tidak mampu menurunkan semua harga barangan keperluan makanan harian, barang makanan harian rakyat semakin melonjak naik entah dimana laungan membela kehidupan rakyat termiskin sedangkan kebanyakan barang keperluan makanan harian meningkat naik diseluruh negara tegas mereka.

Perjalanan Datuk Seri Najib Tun Razak meninggalkan perkarangan Mahkamah menuju ke Penjara Kajang terus diiringi laungan dan tangisan sedih para penyokong beliau disepanjang jalan diluar perkarangan Mahkamah disertai dengan linangan air mata rakyat jelata yang hadir. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan