Khamis, 27 April 2023

Berita Ringkas

PULUHAN PARTI POLITIK SABAH MENJADI PILIHAN 

Oleh. Willem Anak Lagau  

Berpuluh parti politik Sabah akan berebut bagi 73 kerusi dewan undangan negeri dalam pilihan raya negeri akan datang, ianya pasti akan terjadi jika gagal membahagikan kerusi secara sama rata mengikut tuntutan dikalangan presiden parti sebagai ruang sebilangan pemimpin yang berkelayakan menjadi wakil rakyat setempat.

Sebilangan pemimpin parti politik  Sabahan masa kini tengah mengadu domba dengan setiap presiden parti bagi mengharap dipilih menjadi calon dalam PRN Sabah akan datang, golongan terlibat sanggup setiap hari mendekati  presiden parti tempatan demi mengharap diberi laluan menjadi calon pilihan raya namun membelakang kan pada rakyat jelata.

Antara pendedahan sebilangan rakyat asli Sabahan bagi membidas golongan yang mencuba melobi menjadi calon parti tempatan diluar kawasan kelahiran nya, golongan terlibat juga sangat sombong jika rakyat jelata menghubunginya walaupun pengundi dikawasan yang cuba dilobinya untuk bertanding jelas warga tempatan.

Amalan orang yang kemaruk menjadi calon serta pemimpin parti politik tempatan diluar kawasan kelahiran mereka walaupun rakyat jelata setempat terus diketepikan, malah orang asli Sabahan menggesa seluruh rakyat supaya menolak golongan pelobi  diri menjadi calon yang tidak pernah menghulur bantuan seluruh warga termiskin jelas mereka.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan