Isnin, 17 April 2023

DUN SABAH SIAPA DAPAT MAJORITI 

Oleh. Basron Kirwan 

Percaturan politik Sabah terus menjadi tanda tanya siapa dikalangan parti politik memperolehi kerusi terbanyak dalam PRN akan datang.

Rekod kerusi Dun Sabah masa kini ialah berjumlah 73 kerusi semua nya antara parti pembangkang dan parti politik memerintah, persoalan rakyat dikalangan penyokong semua parti dalam Sabah ialah mampukah pengurusi gabungan melakukan agihan secara adil ujar mereka.

Dalam konteks Barisan Nasional Sabah mungkin biasa melakukan agihan kerusi bersama seluruh parti gabungan mereka namun berbeza dengan PRN akan darang yang banyak kena fikir dalam kerajaan perpaduan, PKR, DAP, AMANAH, UPKO di Sabah perlu diambil kira jika masih mengekalkan konsep perpaduan khususnya didalam BN Sabah termasuklah WARISAN Sabah pada agihan kerusi mereka.

Dalam Gabungan Rakyat Sabah ianya mungkin hanya meneliti rakan mereka seperti GAGASAN RAKYAT, PBS, STAR, USNO, LDP, SAPP, LDP sebagai agihan kerusi dalam PRN akan datang, berbanding dengan BN yang mengambil kira kerajaan Perpaduan dari parti parti seperti UMNO, PBRS, MCA, MIC, PKR, AMANAH, DAP bagi agihan kerusi PRN Sabah akan datang.

Pertembungan PRN Sabah akan datang dipercayai berlawan dengan PN terdiri dari BERSATU, PAS dimana STAR, SAPP dan PBS yang telah menyertai PERIKATAN NASIONA dahulu dalam delema kemana sokongan mereka dalam PRN Sabah akan datang.

Semua perkembangan politik Sabah ini terus diperhatikan rakyat Sabah yang berdaftar sebagai pengundi dan mereka juga yang bakal memilih parti mana yang mampu bertegas mengusir kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin dalam Sabah sehingga pilihan raya negeri akan datang. 

Isu yang dilaporkan panas dalam Sabah ialah PATI sukar dibendung, peniaga rokok seludup menjadi jadi, harga barang makan jauh lebih tinggi berbanding Semananjung Malaysia, kadar tambang pengangkutan awam terlalu tinggi namun tidak ada tindakan kerajaan negeri nenangani nya masa kini ujar rakyat Sabah yang dihubungi. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini harian Kuala Lumpur. Pengarang 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan