Khamis, 6 April 2023

AWAS JERANGAU TIRUAN

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Sarawak. Jerangau MERAH bukan senang diperolehi malah hanya tempat tempat terpilih sahaja yang boleh ditemui berbanding JERANGAU PUTIH  tumbuh senang dimana mana yang menjadi perniagaan para penjual herba makanan tambahan.

Namun yang mencemarkan nama baik JERANGAU MERAH adalah para penjual herba makanan tambahan sanggup berbohong mendakwa JERANGAU PUTIH SEBAGAI JERANGAU MERAH jualan mereka, untuk rekod Jerangau putih berdaun hijau atas bawah manakala batangnya juga keputihan sepanjang batang menurut warga negeri ini yang memiliki Jerangau Putih dan Jerangau Merah.

Bagi JERANGAU MERAH memiliki pokok kemerahan disamping  PELAPAH DAUHNYA MERAH serta Lapisan bawah daun merah gelap manakala lapisan atas daun nya hijau, ini lah perbezaan sebenar Jerangau Putih dengan Jerangau Merah disamping rasa mengunyah batangnya juga jauh perasa berbeza antara kurang pedas Jerangau Putih manakala sangat pedas bagi Jerangau Merah.

Pendedahan ini mengingatkan semua pelanggan agar mengelak membeli JERANGAU YANG SUDAH DIPROSES TANPA LESEN ATAU YANG SUDAH KERING bagi mengelak Jerangau Putih dipalsukan Jerangau Merah ujar orang bumi kenyalang.

Sejak beberapa dekad lalu terlalu ramai penjual JERANGAU MERAH  dilaporkan sekitar TAMU TAMU MINGGUAN dan PASAR MALAM sedangkan Jerangau yang dipasarkan adalah JERANGAU PUTIH dengan melenting marah jika disoal jerangau mereka putih dan bukan nya merah.

Berikut Media Terkini paparkan pertumbuhan JERANGAU MERAH yang boleh dikenal pasti pokok nya dari kejauhan berbeza dengan Jerangau Putih sebagai pedoman pengguna sebenar JERANGAU MERAH diseluruh dunia.

 


 HARGA MENJELANG RAYA MELAMBUNG TINGGI 

Oleh. Norsham Tukirin

Sabah. Gempar lagi warga miskin melihat jualan kueh mueh menjelang hari raya tahun 2023 apabila sepalstik kecil berharga RM15.00.

Anehnya tahun ini dijadikan satu pencarian keuntungan melambung tinggi oleh sebilangan warga yang tidak terfikir kepayahan orang orang miskin, mulut kata baik bersedekah sepanjang bulan ramadhan dan hari raya namun harga jualan kueh mueh mereka berganda ganda keuntungan mereka.

Sehubungan dengan pendedahan ini semua warga miskin perlu menjauhi peniaga yang mengaut keuntungan berlebihan, lain bicara didalam hati lain pula perlakuan dalam jualan harian mereka yang tidak lagi memikir amal bersedakah dalam bulan yang mulia in ulas warga miskin yang ditemui.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan