Ahad, 30 April 2023

Berita Ringkas

KEGEMILANGAN PBS MAMPUKAH PULIH 

Oleh. Williem Anak Lagau

Mampukah seluruh ahli PBS mengembalikan kegemilangan parti tersebut pada pilihan raya negeri akan datang?, persoalan ini disuarakan oleh warga asli Sabah yang melihat kewujudan  Gabungan Rakyat Sabah sebagai himpunan parti parti 

Sabahan. Parti Bersatu Sabah juga dilaporkan antara parti yang berpengaruh suatu ketika dahulu namun hari ini rakyat Sabah tercari cari kemana kah pengaruh PBS yang gah dahulu, hari ini PBS tidak lagi mampu menguasai kemenangan lebih berbanding kekuatan nya dahulu menyebabkan sukar bersendirian bertanding dalam pilihan raya ujar penduduk Sabah.

Parti Bersatu Sabah juga harus mencari sinar kegemilangan mereka yang telah hilang agar kekuatan parti boleh kembali seperti yang lama, PBS juga perlu bersikap terbuka terhadap semua rakyat berbilang bangsa dan agama agar segenap lapisan rakyat boleh memulihkan sokongan penuh mereka menjelang prn akan datang.

Jentera kepimpinan PBS disetiap bahagian juga harus membuka minda mendekati segenap lapisan masyarakat dalam kawasaan masing masing jika mereka mahu rakyat kembali menyokong mereka, tindakan sebilangan kecil kepimpinan PBS yang memilih orang didampingi hanya menjejaskan hubungan baik setiap rakyat didalam kawasan mereka masing masing dalam jangkamasa panjang. 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang







 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan