Jumaat, 28 April 2023

Berita Ringkas 

SERANGAN COVID 19 TIDAK MENAKUTKAN WARGA SABAH 

Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

Pelik tapi benar saban hari diumum peningkatan serangan covid 19 dalam Malaysia semakin leka warga Sabah enggan lagi memakai pelitup muka (MASK) dalam Bus Mini Berhawa Dingin yang penuh sesak.

Sebilangan warga Sabah yang ditemui mempersoalkan KEKEBALAN MEREKA TIDAK DISERANG COVID 19 TANPA MASK setiap hari ditempat orang ramai, selain dari itu ada kah mereka yang tidak memakai MASK bersedia membayar ganti rugi nyawa orang yang dijangkiti Covid 19 akibat jangkitan mereka yang tidak memakai MASK ujar warga Sabah.

Yang paling menyakitkan hati ialah bila ditegur memakai MASK jawapan mereka tidak payah sudah umpama mereka yang mengawal kehadiran serangan virus Covid 19 tanpa ada tanggongjawab menjaga jiwa warga emas yang duduk bersesak bersama sama dengan mereka hampir setiap hari.

Satu harapan rakyat Sabah berhubung ketidak patuhan pemakaian MASK ditempat tumpuan orang ramai dapat ditangani kerajaan negeri Sabah demi mengelak semula penularan Covid 19 tanpa bergantung sangat dengan berulang kali Vaksin penggalak namun membuang MASK sepenuhnya ujar mereka.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan