Isnin, 17 April 2023

APAKAH KERJAYA MEREKA? 

Oleh. Gifkir Aming 

Sabah. Kumpulan dipercayai penjual rokok seludup bijak membentuk kumpulan mereka disetiap pekan bagi mengelak mereka dicekup pihak berkuasa kerajaan Malaysia. 

Kumpulan penjual rokok seludup ini juga bijak menyembunyikan bungkusan rokok mereka disamping mendapat tempat bantuan penyimpanan rokok seludup mereka dikedai kedai terpilih  dan bersekongkol dengan mereka ujar penduduk asli Sabah. 

Semua pegawai kerajaan dalam negeri Sabah juga diminta rakyat jelata bersatu membenteras Penjualan Rokok Seludup dengan memberkas para penjual rokok terlibat walau menggunakan pelbagai teknik penyamaran sehingga sukar dikenali melainkan para pelanggan yang membeli rokok mereka sahaja.

Ada juga pesara kakitangan keselamatan meminta kepada orang Sabah supaya tidak menjadi pelanggan pembeli rokok yang diseludup demi langkah membenteras sifar penjualan mereka setiap hari terang mereka.

Setiap pekan diseluruh Sabah dilaporkan menjadi tumpuan para penjual rokok seludup akibat permintaan tinggi dikalangan sebilangan anak watan Sabah serta dikalangan Pekerja Asing setiap hari pagi dan petang lapor beberapa warga Sabah yang  dihubungi.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita,memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan