Ahad, 10 Mac 2024

URUSNIAGA ONLINE HARGA TINGGI?

Oleh. Gifkir Aming

Borneo. Sebilangan penduduk Borneo terkilan dengan urusniaga ONLINE yang didapati terlalu tinggi harganya berbanding dikedai atau Iklan Terurus di akbar akbar berlesen sejak sekian lama lapor mereka hari ini. 

Menurut penduduk Borneo, pelbagai urusniaga online dikesan silih berganti namun harga bersaing tinggi, menyebabkan ramai terperangkap bila melibatkan kos penghantaran jarak dekat mahupun jauh ujar mereka. 

Penduduk Borneo juga mendedahkan peniaga setempat lebih mempromosikan urusniaga mereka dalam watsap group atau laman sosial persendirian, langkah seumpama memudahkan mereka mengaut keuntungan yang tinggi berbanding dengan harga sebenar berikutan tidak ada usaha mengawalnya.

Sungguhpun tidak semua urusniaga online mengaut keuntungan namun mereka lebih banyak melakukan perbuatan memburu keuntungan yang tinggi, tidak hairan lah banyak warga Borneo mengaku lebih berwaspada dengan urusniaga tidak dikenal pasti  kadar harga dipasaran tegas mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan