Rabu, 13 Mac 2024

BERAS TEMPATAN JANGAN DIHENTI

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Penduduk Miskin meminta kerajaan Madani mengekalkan beras tempatan bersubsidi didalam negara Malaysia, pandangan seseorang orang parti politik mahu menukar beras tempatan perlu diketepikan demi rakyat Malaysia berstatus miskin masa kini.

Beras tempatan yang berharga RM26.00 Semananjung Malaysia manakala Sarawak dan Sabah tidak lebih RM28.00  bagi 10 KG jauh lebih murah berbanding beras Madani RM30.00 bagi 10 Kg di Semananjung Malaysia jauh lebih murah bagi orang miskin kata warga miskin semalaysia hari ini.

Kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim  Perdana Menteri Malaysia, harus mengutamakan berjuta rakyat miskin dalam Malaysia berbanding hanya beberapa orang bergelar YB dan bergaji besar, sedangkan orang miskin yang hanya perolehi kurang dari RM1,300 dalam sebulan bagi menanggong setiap keluarga mereka.

Rakyat Miskin seluruh negara juga meminta kerajaan Madani lebih mengutamakan rakyat miskin selaku pengundi disetiap negeri dalam Malaysia, YB yang mencadangkan BERAS MADANI hanya seorang dua dengan harga RM30.00 lebih tinggi dari beras tempatan yang bakal membebankan orang miskin. 

Isu beras tempatan dipasaran harus dikekalkan dengan kadar dibawah RM28.00 bagi 10 kg demi membantu setiap rakyat miskin dibandar mahupun luar bandar seluruh negara Malaysia tegas orang ramai. 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


Tiada ulasan:

Catat Ulasan