Khamis, 14 Mac 2024

APA JADI MEREKA INI ?

"Setiap Pagi Kumpulan Ini Berkumpul Dilorong Pejalan Kaki Sehingga Ditakuti Golongan Wanita, Akibat Kumpulan Terlibat Meminum Minuman Keras Sampai Mabuk Bebas Tidak Ada Menghalang Perbuatan Mereka" 

Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

Kota Kinabalu. Ramai orang baru yang terpegun melihat kumpulan 
berkumpul ramai ramai meminum minuman keras setiap pagi penuh bebas, selain dari itu ada juga kumpulan wanita cantik juga berbaris dilorong pejalan kaki membahagi kepingan kertas pada setiap pelanggan lelaki dan wanita dari awal pagi hingga kepetang tidak berhenti.

Ini lah yang menarik perhatian sekitar Dun Inanam yang dikongsi bersama golongan pembaca Media Terkini Harian sebagai membongkar sebilangan aktiviti warga setempat setiap hari, aktiviti tersebut akan hilang serta merta jika ada operasi bersepadu semua jabatan penguatkuasa negeri Sabah akibat dimaklumkan golongan Tonto yang disediakan mereka. 

Apapun yang dimaklumkan para pembaca Media Terkini setempat namun dilaporkan tidak ada pemimpin setempat yang turun padang memperolehi maklumat segala kejadian harian, malah sebaik sahaja ada operasi bersepadu berjalan baharu lah ahli parti politik setempat menggerak jentera mereka melawat sekitar keliling kedai bagai rutin kerja bermusim mereka ujar penduduk setempat.

Menurut maklumat orang seluruh bandaraya, kegiatan wanita bersolek  dalam kumpulan ramai menjual kertas kepada pelanggan tetap mereka ada sahaja disetiap pekan tanpa henti sepanjang hari, namun kegiatan seumpama bijak memasang Geng Tonto bagi mengawal setiap penjulu lokasi kedudukan gadis cantik berjualan kertas judi agar mampu selamat dalam operasi pihak berkuasa.

Ada juga orang ramai yang dilaporkan bersekongkol wanita cantik jual kertas judi dengan memantau siapa sahaja membawa kamera pasti bersorak Tukang Gambar, ini terjadi semasa pelancong melawat dikawasan setempat beberapa orang mabuk bersorak Ada Tukang Gambar Jaga Jual wahui gelap nanti kena gambar ujar mereka ungkap orang ramai.

Dalam tinjauan kru Media Sabah baru baru ini, kaki mabuk tidak sedar diperhatikan orang ramai bersama minuman mereka tanpa ingat pergi berkerja, mereka juga bagaikan orang besar dengan bercerita memandang rendah kerjaya orang lain tanpa sedar setiap pagi berkumpul meminum arak dilorong pejalan kaki.

Kumpulan gadis bersolek yang dilaporkan menjual judi gelap juga berlagak sombong setiap orang lalu dihadapan mereka jika tidak membeli urusniaga judi mereka, sebaliknya golongan lelaki yang membeli urusniaga judi gelap mereka pantas sahaja dipanggil abang  masa menyambut wang belian judi disertai terima kasih bang ujar penduduk sekitar. 

Sama sama kita membantu kerajaan membasmi perjudian gelap yang banyak merugikan negara sepanjang masa, serta mendidik kaki botol agar tidak menjadi tontonan orang ramai bergelimpangan mabuk ditepi bangunan kedai, pada setiap siang hari demi nama baik sesebuah kawasan dewan undangan negeri yang kita duduki.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang






 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan