Khamis, 28 Mac 2024

GAZA TERUS DISERANG ISRAEL

Oleh. Huzera Ben 

Plastine. Israel tidak pernah mengotakan Gencatan Senjata yang diarahkan PBB baru baru ini demi melindungi rakyat seluruh Gaza dan Rafah  mlah mempamerkan kerakusan  mahu membedil setiap inci bumi Gaza dan Rafah sehingga hari ini.

Negara negara Islam dunia hanya melihat apa yang dilakukan oleh mereka tanpa ada yang mampu menentang pengeboman Israel keatas rakyat Plastine, ini didedahkan oleh penduduk Plastine yang menderita melihat sejak 7 oktober 2023 sehingga hari ini puluhan ribu sudah terkorban rakyat Plastine ujar mereka.

Ramai mempersoalkan mengapa Gencatan Senjata sudah diluluskan namun Israel masih mengebom di Gaza dan Rafah adakah ianya kebal dari tindakan undang undang dunia,  negara negara kuasa besar bagaikan tidak mengambil tahu segala perbuatan tentera Israel yang terus menerus membunuh warga Plastine. 

Kebanyakan rakyat Plastine terkorban adalah kanak kanak serta golongan wanita disamping lelaki warga emas tanpa ada mampu menghukum Negara Israel, ada juga aktivis antara bangsa  bersuara sampai bila kah negara negara berkuasa besar  membiarkan serangan Israel keatas penduduk Plastine tidak berdosa.

Sebagai negara negara berkuasa besar wajarlah bersatu mengambil tindakan terhadap pemimpin Israel supaya menghukum mereka yang sesuka hati menbunuh tanpa menatuhi keputusan Gencatan senjata terhadap Gaza dan Rafah.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan