Ahad, 24 Mac 2024

BUTIRAN ORANG MISKIN CUKUP REKOD

"Data Rekod Warga Miskin Cukup Tersimpan Di E. Kasih, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Perangkaan Dan Jabatan Kebajikan Masyarak
at Disetiap Negeri" 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Kuching. Isu padu yang mendapat teguran dari Datuk Seri Abdul Karim Rahman Menteri Pelancongan Industri Kreatif Dan Seni Persembahan ada kebenaran nya ditangguh dahulu, berdasarkan rekod data orang orang miskin diseluruh Malsysia sudah tercatat dibeberapa Jabatan Kerajaan sekian lama dan mudah dirujuk jika diperlukan.

Pandangan Datuk Seri Abdul Karim Rahman turut disokong oleh Datuk Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi betapa penting ianya dikaji lebih terperinci sebelum dikuatkuasakan, ada kebenaran padu masa kini umpama menelanjangkan rakyat jelata jika beberapa ketegori tidak diubah suai sepenuhnya tegas beliau. 

Berdasarkan kepada pandangan kedua dua pemimpin tersebut PADU sebaik nya ditangguhkan dahulu sebelum kajian terperinci dilakukan demi keselamatan data lebih 30 juta rakyat Malaysia, semua rekod data warga miskin dalam Nalaysia ada di Bantuan Sara Hidup Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Perangkaan Malaysia Banci Penduduk Setiap Tahun. 

Jika padu mahu membatalkan data rakyat Malaysia disemua Jabatan Tersebut sudah pasti rakyat seluruh Malaysia boleh bersuara memandangkan semua Jabatan yang menyimpan data rakyat terbabit ada lah dalam naungan kerajaan sejak sekian lama.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan