Oleh. Jusupi Anak Kurdi
Sabah. Pemacu parti politik tempatan tidak perlu memperkudakan sebahagian rakyat Sabah demi meraih sokongan jika tidak mampu menghulurkan bantuan pada memerlukan.
Ada pemacu politik berkempen minta rakyat bersatu memberi sokongan dalam 73 kerusi Dun Sabah masa kini namun segala keperluan rakyat dilaporkan tak boleh bantu.
Antara parti politik Sabah yang aktif masa kini ialah Barisan Nasional Sabah, Pakatan Harapan, Perikatan Nasional, Warisan, Upko, Parti Gabungan Rakyat Sabah, namun terdapat beberapa parti yang dilapor baru mendekati rakyat demi meraih undi diseluruh Sabah sebaliknya bila rakyat mengutarakan keperluan mereka tak juga dapat bantu.
Pendedahan ini diusul beberapa aktivis masyarakat yang cuba dipancing pemacu politik baru timbul namun aktivis masyarakat sekadar membisu tanpa jawapan, ada juga pemacu politik baru tidak langsung mampu membezakan yang mana emas dan mana berlian sehingga berlian dianggap mas celup sehingga ditertawakan rakyat jelata setempat.
Setiap rakyat berdaftar pemilih didalam 73 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah harus bijaksana memilih pemimpin parti politik yang tahu membantu mereka sepanjang masa, semua rakyat pengundi di 73 Dun Sabah dipercayai lebih bijak dari pemacu politik Sabahan jika mereka (Rakyat Tempatan) tidak mampu dibantu oleh sebilangan orang parti politik yang timbul bermusim sahaja.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan