Khamis, 21 Mac 2024

JELAJAH RAMADHAN 2024

"Ramai Orang Menganjur Pemberian Buat Orang Berbuka Puasa Dibulan Ramadhan, Namun Pastinya Ada Sahaja Umat Islam Setemp-
at Dilapor Keciciran Tanpa Mendapat Agihan Makanan Berbuka Puasa Seperti Diharapkan"

Oleh.  Jusupi Anak Kurdi

Sabah. Langkah pengagihan berbuka puasa perlu dilaksanakan lebih menyeluruh dikawasan luar bandar supaya tidak ada umat Islam keciciran.

Ramai penganjur pengagihan bubur Lambuk bagi berbuka Puasa hanya lah diperolehi oleh golongan terdekat sahaja walaupun ramai penduduk dikampung terlibat namun akibat jauh sedikit mereka keciciran. 

Ada juga penganjur agihan berbuka puasa yang kurang bersedia bagi umat islam yang jauh dari Surau perkampungan rumah mereka, dengan daya usaha mengagihkan tepung gula dan teh serta minyak masak bagi umat Islam menyediakan sendiri juadah berbuka tanpa bersusah dengan bubur lambuk mereka.

Kes seumpama terus menjadi perbualan dikalangan umat Islam tercicir agihan berbuka Puasa berikutan perkampungan terlibat telah dipetik nama dalam senarai agihan tersebut, sebaliknya hanya separuh sahaja umat Islam  dikawasan terlibat menerima agihan berkenaan walhal nama kampung tersebar semua mendapat agihan bubur lambuk buka Puasa ujar orang kampung.

Sehubungan dengan paparan ini setiap penganjur agihan berbuka Puasa perlu mengkaji agar tidak ada yang keciciran dalam program tersebut akan datang, apa tak lagi jika golongan penganjur sama seagama Islam demi beramal serta mengingati umat Islam yang lain agar menjadi contoh semua orang masa hadapan.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan