Khamis, 7 Mac 2024

TIADA SIJIL HALAL CUKUP LEKAT AYAT AL QURAN

"Boleh Ditemui Restoran Bukan Islam Namun Melekat Ayat AlQuran Dicermin Hidangan Makanan Sebagai Menarik Umat Islam Melanggani Makanan Mereka Setiap Hari" 

Oleh. Norsham Haji Tukirin 

Sabah. Sebilangan kedai makan bukan dimiliki orang Islam muda menarik pelanggan umat Islam dalam negeri ini, pemilik kedai makan berkenaan hanya menggaji wanita bertudung orang asing demi meyakinkan umat Islam melanggani kedai mereka.

Kes ini didedahkan sebilangan umat Islam yang sangsi melihat kedai berkenaan ada umat Islam makan namun pemilik bukan beragama Islam, ada juga kes yang berlaku pekerja kedai makan bertudung namun pemilik kedai yang menjaga bukan Islam sehingga hanya melekat stiker ayat Suchi AlQuran demi meraih  sokongan pelanggan umat Islam. 

Kegiatan seumpama terus berleluasa sehingga hari ini tanpa disedari orang ramai khususnya golongan umat Islam dibandar dan pekan amnya, selain dari melekatkan stiker Ayar AlQuran pada cermin makanan ramai melakukan nya serta ada juga peniaga hanya menulis SERVE NO PORK demi penarik umat Islam ujar pencinta Islam Sabah.

Menurut mereka lagi, sejauh manakah pemahaman pemilik kedai bukan Islam berkaitan dengan isu halal dan haramnya dalam permis kedai umat Islam sebenar, mampukah pekerja kedai mereka memberi jaminan kesuchian halal terhadap kedai berkenaan jika umat Islam menjamu selera tanpa SIJIL HALAL dari Jabatan Agama Islam Negeri Sabah masih samar untuk diramal.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan