Ahad, 10 Mac 2024

PILOT TERLELAP DIBERI AMARAN

Oleh. Helary Sukiono

Jakarta. Kekilafan pemandu Pesawat Batik terlelap telah diberi amaran keras serta merta menurut pengurusan penerbangan tersebut hari ini.

Kapal Batik yang memulakan penerbangan dari Sulawesi Tenggara bersama seorang pilot 32 tahun manakala pembantu pilot berusia 28 tahun menuju ke Jakarta, namun sebaik diudara kedua duanya terus terlelap sehingga terputus hubungan dengan menara kawalan diLapangan Terbang Jakarta selama 28 minit akibar kekurangan masa rehat tidor pada sebelum nya.

Dalam situasi seumpama para petugas didalam Batik Air berusaha menenangkan semua penumpang didalamnya agar tidak merasakan perubahan laluan penerbangan tersebut, mujurlah kedua dua pilot tersebut terjaga selepas itu dan menghubungi pusat menara kawalan bagi memperbetulkan laluan pesawat berkenaan demi meneruskan kepusat lapangan terbang Jakarta.

Kejadian seumpama perlu dijadikan iktibar agar setiap Pilot memperolehi rehat yang secukupnya sebelum memulakan penerbangan yang jauh demi memelihara nyawa semua penumpang yang berada didalam pesawat tersebut.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan