Khamis, 21 Mac 2024

BORNEO TERKEJUT NASI SEMANGKUK MURAH

Oleh. Williem Anak Lagau 

Borneo. Masyarakat terkejut pendedahan nasi semangkuk kosong dibawah RM0.50 sen  di Semananjung Malaysia, sebaliknya di Borneo ada antara RM2.00 hingga RM3.00 nasi kosong dalam semangkuk masa kini walaupun beras tempatan cuma RM29.00 kebawah setiap 10 kg didalam pasaran.

 Kes seumpama mengejutkan setiap penduduk Borneo sebaik mendapati semangkuk nasi kosong berharga RM0.50 sen kebawah seperti yang dilaporkan warga Semananjung Malaysia hari ini.

Harga nasi semangkuk kosong RM0.40 sen di Semananjung Malaysia merupakan beras RM38.00 bagi 10 KG berbanding di Borneo kedai makan banyak guna beras RM29.00 kebawah bagi 10 KG beras tempatan, ini jelas jauh beza harga nasi kosong sebenar seperti yang dilaporkan di Semananjung Malaysia sedangkan dekat Borneo terlalu mengaut keuntungan berlebihan ujar penduduk setempat. 

Media Terkini Hari ini cuba menbuat tinjauan seluruh Borneo berhubung penjualan nasi kosong disetiap kedai makan masih lagi sekitar RM1.00 hingga RM2.50 semangkuk, belum ada kesedaran warga Borneo didalam harga nasi kosong ini malah ada dikalangan orang Sabah memandang Sinis Kru Media Terkini bertanya harga nasi kosong berkenaan.

Apapun terserah kepada warga Borneo bagi menilai makanan yang mereka beli disetiap kedai makan mahupun penjual nasi tepi jalan yang mengaut keuntungan tinggi, sebaliknya jangan sesekali menyalahkan kerajaan didalam kenaikan harga makanan yang dijual para peniaga setiap hari memandangkan anda adalah penentunya tiap masa.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan