Sabtu, 30 Mac 2024

PERCATURAN PANAS EMPAT DUN PRN DEPAN

"Percaturan PRN Dalam Dun Kadamaian, Pintasan, Usukan Dan Tempasuk Dijangka Panas, Masing Masing Parti Politik Dan Kompenen Mereka Meyakinkan Rakyat Setempat Memilih Parti Mereka dalam PRN Akan Datang" 

Oleh. Koijul Hairol

Kota Belud. Parlimen Kota Belud masa kini diwakili oleh YB. Isnaraissah Munirah Majilus@ Fakharudy yang memiliki empat Dewan Undangan Negeri Pintasan, Usukan, Tempasuk dan Kadamaian. 

Menjelang PRN akan datang jentera perebutan parti dalam empat Dun tersebut dijangka panas antara BN, GABUNGAN RAKYAT SABAH, WARISAN, PERIKATAN NASIONAL BERSATU, PAKATAN HARAPAN serta beberapa parti yang lain.

Menurut penduduk dalam empat DUN terlibat mereka akan sentiasa memerhati Calon dan Parti yang bertanding demi masa depan kawasan mereka, keutamaan warga dalam empat Dun tersebut adalah bakal Wakil Rakyat yang sentiasa mendampingi semua warga dan prihatin membantu golongan penduduk miskin.

Ada juga warga penduduk masa kini lebih bijak memilih calon calon yang bertanding dalam pilihan raya sehingga mengejutkan pihak calon, tidak hairan lah tidak semua calon yang diarak beramai ramai sepanjang kempen bakal memenangi kerusi didalam pilihan raya berbanding calon berkerja untuk rakyat.

Apapun bukan muda meramal parti mana dan siapa calon yang boleh memenangi empat kerusi Dun didalam parlimen Kota Belud akan datang, namun siapa dikalangan mereka yang berusaha mewakili parti masing masing turun padang menemui setiap pengundi lebih awal pasti menjadi perhatian penduduk.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran  dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan