Jumaat, 29 Mac 2024

USAH LEKA KEAMANAN LAHAD DATU

"Keamanan Pencerobohan Di Lahad Datu Sabah Tidak Wajar Dijadikan Kelekaan Menukar Kawasan Putih Dalam Aspek Keselamatan, Selagi Pengganas Negara Jiran Dan Talibarut Mereka Belum Menyerah Diri Aspek Kawalan Keselamatan Sabah Perlu Ditingkatkan" 

Oleh. Joupis Anak Lagau 

Lahaf Datu. Isu keselamatan pantai timur khususnya Lahad Datu tidak wajar tergesa gesa merekodkan sebagai kawasan putih sebelum semua Pengganas Negara Jiran menyerah diri bersama kumpulan talibarut mereka yang sukar dikesan.

Kelekaan dalam pengendalian kawalan di zon Esscom sehingga diketegorikan kawasan putih perlu kajian lebih terperinci apa tak lagi dengan pelbagai tuntutan mendakwa pewaris kesultanan Sulu sehingga keperingkat luar negara, semua aspek seumpama belum menggambarkan pantai timur bebas dari pengganas, penculikan mahupun pelbagai ancaman dari negara jiran jika wujyd kelekaan dipihak kerajaan Sabah. 

Ini didedahkan oleh sekumpulan bekas bekas perajurit Sabah Sarawak dalam satu pertemuan tertutup bagi menberi peringatan betapa perlu kawalan ESSCOM dipertingkatkan, sesuatu kelekaan berdasarkan kepada keselamatan dipandang mata tidak wajar dijadikan ukuran bagi menukar corak pemetaan putih sehingga leka penuh yakin soal keselamatan ujar mereka. 

Pengganas dan talibarut mereka bijak melihat kelekaan dipihak kerajaan Sabah demi memberi ruang pada pengganas dan talibarut merancang diluar pengawasan keselamatan kelak,  sehubungan dengan cadangan ini  semua kawasan keselamatan Esscom tidak wajar ditukar tergesa gesa demi memastikan semua pengganas negara jiran tidak menyerang lagi.

Pengganas dan talibarut negara jiran mahupun bersembunyi dinegeri ini bijak mendiamkan diri jika semua peluang mereka tertutup merancangkan sesuatu,  namun jika kerajaan negeri Sabah leka dengan keselamatan sejak tahun 2013 sehingga hari ini dengan menganggap kawasan terlibat diletak dalam kawasan putih bimbang pengganas dan talibarut ambil kesempatan.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan